SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN
NEGERI PERLIS.
DARIPADA:
               1.      BAITULMAL
               2.      YAYASAN TUANKU SYED PUTRA
               3.      Y.A.B MENTERI BESAR PERLIS.
SYARAT-SYARAT.
 1. Ibu atau bapa berasal dari Negeri Perlis.

a)       2. Pemohon dilahirkan di Perlis dan pernah bersekolah di negeri ini selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun

a)      3. Telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS

ARAHAN.
 1.  Permohonan  hendaklah dalam satu salinan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport.
 2.  Borang permohonan hendaklah diisi lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
 3.  Sila sertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar dan mestilah disusun mengikut susunan seperti berikut:
               a)        Salinan sijil kelahiran.
               b)        Salinan Kad Pengenalan
               c)        Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi.
               d)        Salinan sijil berhenti sekolah dan surat akuan (Testimonial)
               e)        Salinan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) / Higher School Certificate (HSC) / SPM dan lain-lain sijil yang setaraf. 
               f)         Salinan Diploma dan sebagainya (Jika ada).
               g)        Salinan Transkripsi Matrikulasi / Sains Asasi (jika ada).
 4.  Semua salinan dokumen di para 3 hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua Sekolah/ Guru Besar / Majikan.
 5.  Semua Permohonan hendaklah disalurkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan,
      01000 Kangar, Perlis.
Muka 1/5 Teruskan